BULI
Saturday, 15 December 2012 | 00:45 | 0 comments
Buli di kalangan
pelajar sekolah di Malaysia.
Buli ialah merupakan satu bentuk
penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct)
seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga
boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan
seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.
Isu kes buli dan gangsterisme di sekolah telah menimbulkan
suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di
serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka
. Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri
gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti . Kes ini telah menimbulkan
kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa.
Hal ini dapat dibuktikan dengan
statistic di bawah:
• 2004-Muhammad Farid Ibrahim
meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior
Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor,Negeri Sembilan.
• 2006 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.
• 2007 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.
• 2008 – Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.
• 2009 (Februari) – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube
• Mac – Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.
• Ogos – Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.
• 2006 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.
• 2007 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.
• 2008 – Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.
• 2009 (Februari) – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube
• Mac – Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.
• Ogos – Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.
·
2010-Mohammad Naim Mustaqim Muhammad
Sobri meninggal akibat dibuli oleh seniornya di Maktab Tentera Darat.
Adakah anda tahu bahawa masalah ini menjadi
semakin serius dihadapi oleh pelajar tidak kira sama ada pelajar bandar mahupun
pelajar luar bandar. Menurut kajian yang dibuat, daripada seramai 1229 pelajar
lelaki dan perempuan yang ditemuramah mendapati bahawa ½ daripada
mereka pernah menjadi mangsa buli. Berikut disenaraikan peratus kejadian buli
yang berlaku:
·
Setiap hari (8%)
·
Setiap minggu (7%)
·
Kadang-kadang (33%)
·
Jarang (52%)
Daripada temuramah tersebut juga didapati
bahawa seramai 58% menyatakan mereka tidak pernah membuli pelajar lain dan
selebihnya mengaku pernah membuli pelajar lain.
·
58 % buli pelajar , jarang-jarang
·
22 % buli pelajar, kadang-kadang
·
5 % buli pelajar setiap minggu
·
15 % buli pelajar setiap hari
Menurut D’ Arcy Lyness, seorang pakar
psikologi kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak membuli disebabkan ingin
melepaskan perasaan mereka. Pembuli mungkin menghadapi masalah keluarga atau
masalah di sekolah. Apabila merasakan diri mereka dibuli, mereka akan
memberontak dan melawan menyebabkan kecederaan, kecacatan dan
sebagainya. Apabila pergaduhan berlaku, masalah akan menjadi
bertambah rumit dan memberi masalah kepada sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Terdapat sesetengah pelajar yang mengambil langkah yang bijak apabila dibuli
iaitu:
·
Memberitahu orang yang lebih tua (25%)
·
Tidak mengambil berat apabila dibuli (20%)
·
Cuba berbincang dengan pembuli (8%)
Terdapat dua langkah yang disarankan oleh Dr.
Lyness ialah:
·
Pelajar yang merasakan diri mereka menjadi mangsa buli
perlu memberitahu orang yang lebih dewasa.
·
Orang yang diberitahu perlu mengambil tindakan untuk
mengelakkan hal ini berulang.
Kerjasama antara pelajar yang dibuli dan
orang yang lebih dewasa amat penting untuk menyelesaikan masalah
ini. Daripada kajian yang dijalankan , berikut disenaraikan
langkah-langkah yang diambil oleh seseorang individu apabila melihat seseorang
individu lain dibuli:
·
16 % buat tak tahu
·
20 % turut sama membuli
·
41 % cuba menyelesaikan pergaduhan
·
23 % minta bantuan orang lain
Menurut kajian,kes buli menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam
kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya . Buli boleh dijelaskan dengan
tingkah laku yang suka menyerang atau suka berkelahi sama ada dalam bentuk
fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa.
Selain itu, buli juga bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan
tujuan menunjukkan kekuatan mereka supaya orang yang lemah mematuhi atau
menghormati mereka. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan
perbuatan yang tidak baik serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang
lain.
Buli
biasanya membabitkan dua pihak iaitu orang yang membuli dan orang yang menjadi
mangsa buli. Kebanyakan pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas ,
bertubuh besar , tegap dan tinggi , melibatkan sekumpulan pelajar yang biasanya
usia mereka adalah sebaya , manakala orang yang menjadi mangsa buli adalah
pelajar-pelajar menengah rendah serta pelajar sekolah rendah yang bertubuh
kecil , pelajar baru masuk ke sekolah tersebut , pelajar yang kerap dipuji oleh
guru akan menjadi sasaran pembuli.
Faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya kes pembulian di kalangan para pelajar khususnya golongan remaja ialah mereka ingin mendapatkan perhatian orang lain serta
menunjukkan kekuatannya kepada orang lain dengan tujuan ingin mahu disanjung
oleh rakan . Ada sesetengah pembuli menganggap perbuatan buli orang lain
sebagai hobi dengan sekadar mahu berseronok untuk menghilangkan perasaan
bosannya . Tambahan pula, adanya pembuli menjadikan mangsa sebagai alat menempiaskan perasaan benci , dendam , marah selain membalas dendam .
Selain
itu , ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kepada
anak mereka juga akan menyebabkan berlakunya kes buli . Contohnya , ibu bapa
yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak mereka . Justeru , ibu bapa kekurangan masa
untuk menemani anak-anak mereka dan tidak mengambil berat tentang pendidikan
agama . Lama-kelamaan ,ini akan mengakibatkan anak mereka melahirkan sikap
gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa
bersalah apabila membuat kesilapan .
Kesan-kesan buli
“Secara
emosi, mangsa-mangsa yang telah dibuli seringkali merasa takut dan bimbang
setiap kali mereka berada di sekolah. Ini menyukarkan mereka untuk melibatkan diri
di dalam proses pembelajaran. Disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat, si
mangsa akan ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli.
“Menurut
laporan pakar, mangsa-mangsa yang dibuli seringkali merasa sangsi terhadap diri
sendiri serta mempunyai keyakinan diri yang kurang. Kebanyakan mangsa menyalahi
diri mereka sendiri kerana menyebabkan pembulian itu berlaku, mereka percaya
bahawa kelemahan dan ketidakcekapan mereka telah menyumbang kepada sebab-sebab
mengapa mereka telah dipilih oleh pembuli-pembuli.
“Terdapat
beberapa orang mangsa yang masih memendam perasaan marah dan dendam terhadap
pembuli-pembuli dan persekitaran sosial yang menggalakkan dan menyokong
perlakuan membuli. Kemarahan ini, sekiranya tidak ditangani, boleh menyebabkan
mangsa sendiri akan menjadi pembuli terhadap kanak-kanak, yang boleh
dikategorikan sebagai mangsa buli. Manakala mangsa-mangsa lain akan menunjukkan
kemarahan mereka melalui perlakuan yang anti-sosial seperti vandalisma dan
mencuri.
Bertindak
untuk membunuh diri
“Terdapat
juga kes-kes yang tragik di mana mangsa-mangsa buli telah membuat keputusan
bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka adalah dengan
membunuh diri sendiri. Kajian yang telah dilakukan sehingga kini, telah
menunjukkan bahawa terdapat kaitan di antara membuli dan idea-idea untuk
membunuh diri.
“Kelakuan
membuli juga boleh membawa kesan kepada pembelajaran kanak-kanak. Untuk
memastikan keberkesanan sesuatu pendidikan itu, kanak-kanak mestilah diberikan
persekitaran yang boleh dianggap sebagai selamat dari segi fizikal, emosi dan
intelek. Hanya apabila kanak-kanak merasa selamat dan terjaga, mereka akan
mempunyai sikap yang lebih terbuka kepada pengetahuan, hanya pada masa itu
mereka akan mencuba dan mempelajari, dan hanya pada pada masa itulah mereka
lebih terbuka untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan para guru dan
rakan-rakan mereka. Apabila kanak-kanak merasakan mereka diancam untuk disakiti
atau dimalukan, mereka tidak dapat mencapai potensi akademik mereka yang sepenuhnya.
“Secara
sosial, kanak-kanak yang telah menjadi mangsa buli sering dipinggirkan oleh
rakan-rakan sebaya mereka. Ini mungkin kerana mereka merasa rendah diri dan ia
membawa kepada kurangnya keyakinan pada diri sendiri untuk berkawan dengan
orang lain dan bersosial.
“Di
dalam kebanyakan kes, kanak-kanak yang telah dibuli mungkin sebenarnya
kekurangan kemahiran-kemahiran bersosial untuk berkawan dengan kanak-kanak lain
dengan selesa. Seringkali, mangsa-mangsa membuli merasa janggal untuk bersosial
dengan orang lain, dan ketidakselesaan ini menjadi semakin teruk apabila mereka
dibuli. Ia merupakan suatu pusingan yang agak sukar dihentikan oleh mangsa di
mana mereka tidak mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan
sebaya yang lain kerana peringkat ini adalah merupakan peringkat yang penting
untuk perkembangan mereka.
Mempertingkatkan
komuniti di sekolah
“Untuk
menangani perlakuan membuli di kalangan para pelajar, keupayaan komuniti di
sekolah dan juga ibu bapa perlu ditingkatkan untuk menghadapi masalah ini.
Dibawah
ini adalah langkah-langkah untuk mengatasi masalah buli sebagai berikut:
1.
Pendidikan Agama:
Langkah yang paling penting adalah memberika
n pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.
n pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.
2. Peraturan
yang Tegas:
Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya
terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih
bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya
hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga
haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas
terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar
menjadi pengajaran kepada orang lain.
3.
Peranan Media:
Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak
hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah
buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh
mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan
umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan
kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan
iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.
4.
Poster:
Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan
diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar
raya, masjid dan rumah –rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen
kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk
merasa sensitive dengan isu buli.
5.
Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan
dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga
menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli.
Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu
seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu
bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka
telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan
mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak
menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli
dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar
melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan
Mangsa buli
di sekolah kini boleh meluahkan perasaan serta mendapatkan panduan sewajarnya
bagi menangani masalah itu dengan mengunjungi pusat sehenti dihttp://ebuli.upsi.edu.my yang dibangunkan oleh Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
UPSI
juga kini menyediakan 23 pakar kaunseling lain untuk melaksanakan modul melatih
para guru dan memberi kesedaran kepada murid-murid mangsa buli di sekitar
negeri ini mengenai tindakan yang harus diambil apabila menghadapi situasi itu
“UNICEF bersama-sama dengan Fakulti Sains
Tingkahlaku di Kolej Universiti HELP dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memulakan sebuah projek untuk memperkenalkan intervensi-intervensi terhadap
kelakuan membuli kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Model intervensi ini
adalah berdasarkan Model Intervensi Sekolah Olweus yang telah diperkenalkan
dengan jayanya di beberapa buah negara di seluruh dunia.Intervensi ini perlulah
memenuhi perkara-perkara berikut:
- Intervensi-intervensi untuk
mangsa-mangsa buli yang berkesan dan juga bersesuaian dengan masa;
- Pelaksanaan dasar anti-buli di
sekolah-sekolah;
- Menyampaikan mesej yang jelas
kepada para pelajar bahawa membuli itu suatu kelakuan yang tidak boleh
diterima;
- Memberi latihan kepada para
pelajar, ibu bapa dan para guru untuk membolehkan mereka menangani
perlakuan membuli dengan berkesan di kalangan pelajar; termasuklah latihan
di dalam strategi untuk mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah dan
peningkatan kemahiran-kemahiran sosial;
- Memberikan maklumat dan pendidikan
yang tepat untuk kanak-kanak, guru-guru, ibu bapa dan juga orang ramai
tentang apa itu membuli; apakah yang menyebabkannya dan kesan-kesan buli;
termasuklah langkah-langkah pencegahan dan intervensi.
Perlunya kesedaran dan tindakan segera
“Kesedaran
di kalangan guru-guru dan para pelajar amatlah diperlukan, untuk memberi
maklumat bahawa membuli di dalam apa jua bentuk adalah tidak diterima. Satu
kepercayaan yang dikongsi di kalangan para guru dan pelajar adalah kejadian
membuli itu sepatutnya diselesaikan oleh mangsa-mangsa itu sendiri. Salah satu
halangan kepada mangsa tersebut adalah “mereka patut belajar untuk
mempertahankan diri sendiri dan melawan balik”, iaitu satu nasihat yang kurang
baik, lebih-lebih lagi apabila mangsa terpaksa berhadapan dengan sekumpulan
pembuli yang besar.
“Walaupun
mendidik mangsa-mangsa untuk bertindakbalas dengan cara-cara yang lebih positif
dan membina merupakan sebahagian daripada intervensi tersebut, namun begitu
program ini juga memberi fokus kepada para guru, ibu bapa dan mereka yang
berada di sekeliling untuk memainkan peranan mereka di dalam mewujudkan suasana
yang selamat dari segi fizikal dan emosi di persekitaran sekolah.
“Projek
perintis ini akan lengkap pada akhir tahun 2007, di mana keberkesanannya akan dinilai.
Harapan kami adalah ia amat berkesan, dan ia akan diperkenalkan kepada
sekolah-sekolah di seluruh negara pada peringkat kebangsaan.”






.jpg)
.jpg)

