Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



BULI
Saturday, 15 December 2012 | 00:45 | 0 comments

Buli di kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
Buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.
Isu kes buli dan gangsterisme di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka . Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti . Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa.
Hal ini dapat dibuktikan dengan statistic di bawah:
• 2004-Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor,Negeri Sembilan.

• 2006 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.

• 2007 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

• 2008 – Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.

• 2009 (Februari) – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube

• Mac – Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.

 • Ogos – Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.

·         2010-Mohammad Naim Mustaqim Muhammad Sobri meninggal akibat dibuli oleh seniornya di Maktab Tentera Darat.



Apabila kita bercakap tentang buli, ia bukan hanya setakat di kalangan pelajar sekolah sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah malahan turut berlaku di Institusi Pengajian Tinggi. Aktiviti membuli yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian mendapat perhatian terutamanya yang melibatkan kes membuli pelajar sekolah.  Pelbagai pihak mengemukakan pendapat masing-masing tentang isu ini. 

Adakah anda tahu bahawa masalah ini menjadi semakin serius dihadapi oleh pelajar tidak kira sama ada pelajar bandar mahupun pelajar luar bandar. Menurut kajian yang dibuat, daripada seramai 1229 pelajar lelaki dan perempuan yang ditemuramah mendapati  bahawa ½ daripada mereka pernah menjadi mangsa buli. Berikut disenaraikan peratus kejadian buli yang berlaku:

·                     Setiap hari (8%)
·                     Setiap minggu (7%)
·                     Kadang-kadang (33%)
·                     Jarang (52%)

Daripada temuramah tersebut juga didapati bahawa seramai 58% menyatakan mereka tidak pernah membuli pelajar lain dan selebihnya mengaku pernah membuli pelajar lain.

·                     58 % buli pelajar , jarang-jarang
·                     22 % buli pelajar, kadang-kadang
·                     5 % buli pelajar setiap minggu
·                     15 % buli pelajar setiap hari


Menurut D’ Arcy Lyness, seorang pakar psikologi kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak membuli disebabkan ingin melepaskan perasaan mereka. Pembuli mungkin menghadapi masalah keluarga atau masalah di sekolah. Apabila merasakan diri mereka dibuli, mereka akan memberontak dan melawan menyebabkan kecederaan, kecacatan dan sebagainya.  Apabila pergaduhan berlaku, masalah akan menjadi bertambah rumit dan memberi masalah kepada sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Terdapat sesetengah pelajar yang mengambil langkah yang bijak apabila dibuli iaitu:

·                     Memberitahu orang yang lebih tua (25%)
·                     Tidak mengambil berat apabila dibuli (20%)
·                     Cuba berbincang dengan pembuli (8%)

Terdapat dua langkah yang disarankan oleh Dr. Lyness ialah:

·                     Pelajar yang merasakan diri mereka menjadi mangsa buli perlu memberitahu  orang yang lebih dewasa.
·                     Orang yang diberitahu perlu mengambil tindakan untuk mengelakkan hal ini berulang.

Kerjasama antara pelajar yang dibuli dan orang yang lebih dewasa amat penting untuk menyelesaikan masalah ini.  Daripada kajian yang dijalankan , berikut disenaraikan langkah-langkah yang diambil oleh seseorang individu apabila melihat seseorang individu lain dibuli:

·                     16 % buat tak tahu
·                     20 % turut sama membuli
·                     41 % cuba menyelesaikan pergaduhan
·                     23 % minta bantuan orang lain


   Menurut kajian,kes buli menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya . Buli boleh dijelaskan dengan tingkah laku yang suka menyerang atau suka berkelahi sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa. Selain itu, buli juga bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan mereka supaya orang yang lemah mematuhi atau menghormati mereka. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.


    Buli biasanya membabitkan dua pihak iaitu orang yang membuli dan orang yang menjadi mangsa buli. Kebanyakan pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas , bertubuh besar , tegap dan tinggi , melibatkan sekumpulan pelajar yang biasanya usia mereka adalah sebaya , manakala orang yang menjadi mangsa buli adalah pelajar-pelajar menengah rendah serta pelajar sekolah rendah yang bertubuh kecil , pelajar baru masuk ke sekolah tersebut , pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran pembuli.




     Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembulian di kalangan para pelajar khususnya golongan remaja ialah mereka ingin mendapatkan perhatian orang lain serta menunjukkan kekuatannya kepada orang lain dengan tujuan ingin mahu disanjung oleh rakan . Ada sesetengah pembuli menganggap perbuatan buli orang lain sebagai hobi dengan sekadar mahu berseronok untuk menghilangkan perasaan bosannya . Tambahan pula, adanya pembuli menjadikan mangsa sebagai alat menempiaskan perasaan benci , dendam , marah selain membalas dendam .
     Selain itu , ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kepada anak mereka juga akan menyebabkan berlakunya kes buli . Contohnya , ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka . Justeru , ibu bapa kekurangan masa untuk menemani anak-anak mereka dan tidak mengambil berat tentang pendidikan agama . Lama-kelamaan ,ini akan mengakibatkan anak mereka melahirkan sikap gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan .
Kesan-kesan buli
“Secara emosi, mangsa-mangsa yang telah dibuli seringkali merasa takut dan bimbang setiap kali mereka berada di sekolah. Ini menyukarkan mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat, si mangsa akan ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli.
“Menurut laporan pakar, mangsa-mangsa yang dibuli seringkali merasa sangsi terhadap diri sendiri serta mempunyai keyakinan diri yang kurang. Kebanyakan mangsa menyalahi diri mereka sendiri kerana menyebabkan pembulian itu berlaku, mereka percaya bahawa kelemahan dan ketidakcekapan mereka telah menyumbang kepada sebab-sebab mengapa mereka telah dipilih oleh pembuli-pembuli.
“Terdapat beberapa orang mangsa yang masih memendam perasaan marah dan dendam terhadap pembuli-pembuli dan persekitaran sosial yang menggalakkan dan menyokong perlakuan membuli. Kemarahan ini, sekiranya tidak ditangani, boleh menyebabkan mangsa sendiri akan menjadi pembuli terhadap kanak-kanak, yang boleh dikategorikan sebagai mangsa buli. Manakala mangsa-mangsa lain akan menunjukkan kemarahan mereka melalui perlakuan yang anti-sosial seperti vandalisma dan mencuri.
Bertindak untuk membunuh diri
“Terdapat juga kes-kes yang tragik di mana mangsa-mangsa buli telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka adalah dengan membunuh diri sendiri. Kajian yang telah dilakukan sehingga kini, telah menunjukkan bahawa terdapat kaitan di antara membuli dan idea-idea untuk membunuh diri.
“Kelakuan membuli juga boleh membawa kesan kepada pembelajaran kanak-kanak. Untuk memastikan keberkesanan sesuatu pendidikan itu, kanak-kanak mestilah diberikan persekitaran yang boleh dianggap sebagai selamat dari segi fizikal, emosi dan intelek. Hanya apabila kanak-kanak merasa selamat dan terjaga, mereka akan mempunyai sikap yang lebih terbuka kepada pengetahuan, hanya pada masa itu mereka akan mencuba dan mempelajari, dan hanya pada pada masa itulah mereka lebih terbuka untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan para guru dan rakan-rakan mereka. Apabila kanak-kanak merasakan mereka diancam untuk disakiti atau dimalukan, mereka tidak dapat mencapai potensi akademik mereka yang sepenuhnya.
“Secara sosial, kanak-kanak yang telah menjadi mangsa buli sering dipinggirkan oleh rakan-rakan sebaya mereka. Ini mungkin kerana mereka merasa rendah diri dan ia membawa kepada kurangnya keyakinan pada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain dan bersosial.
“Di dalam kebanyakan kes, kanak-kanak yang telah dibuli mungkin sebenarnya kekurangan kemahiran-kemahiran bersosial untuk berkawan dengan kanak-kanak lain dengan selesa. Seringkali, mangsa-mangsa membuli merasa janggal untuk bersosial dengan orang lain, dan ketidakselesaan ini menjadi semakin teruk apabila mereka dibuli. Ia merupakan suatu pusingan yang agak sukar dihentikan oleh mangsa di mana mereka tidak mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya yang lain kerana peringkat ini adalah merupakan peringkat yang penting untuk perkembangan mereka.
Mempertingkatkan komuniti di sekolah
“Untuk menangani perlakuan membuli di kalangan para pelajar, keupayaan komuniti di sekolah dan juga ibu bapa perlu ditingkatkan untuk menghadapi masalah ini.
Dibawah ini adalah langkah-langkah untuk mengatasi masalah buli sebagai berikut:

1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberika
n pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.

2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.


3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.


4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah –rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.


5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan

Mangsa buli di sekolah kini boleh meluahkan perasaan serta mendapatkan panduan sewajarnya bagi menangani masalah itu dengan mengunjungi pusat sehenti dihttp://ebuli.upsi.edu.my yang dibangunkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
UPSI juga kini menyediakan 23 pakar kaunseling lain untuk melaksanakan modul melatih para guru dan memberi kesedaran kepada murid-murid mangsa buli di sekitar negeri ini mengenai tindakan yang harus diambil apabila menghadapi situasi itu
 “UNICEF bersama-sama dengan Fakulti Sains Tingkahlaku di Kolej Universiti HELP dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan sebuah projek untuk memperkenalkan intervensi-intervensi terhadap kelakuan membuli kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Model intervensi ini adalah berdasarkan Model Intervensi Sekolah Olweus yang telah diperkenalkan dengan jayanya di beberapa buah negara di seluruh dunia.Intervensi ini perlulah memenuhi perkara-perkara berikut:

  • Intervensi-intervensi untuk mangsa-mangsa buli yang berkesan dan juga bersesuaian dengan masa;
  • Pelaksanaan dasar anti-buli di sekolah-sekolah;
  • Menyampaikan mesej yang jelas kepada para pelajar bahawa membuli itu suatu kelakuan yang tidak boleh diterima;
  • Memberi latihan kepada para pelajar, ibu bapa dan para guru untuk membolehkan mereka menangani perlakuan membuli dengan berkesan di kalangan pelajar; termasuklah latihan di dalam strategi untuk mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah dan peningkatan kemahiran-kemahiran sosial;
  • Memberikan maklumat dan pendidikan yang tepat untuk kanak-kanak, guru-guru, ibu bapa dan juga orang ramai tentang apa itu membuli; apakah yang menyebabkannya dan kesan-kesan buli; termasuklah langkah-langkah pencegahan dan intervensi.


Perlunya kesedaran dan tindakan segera
“Kesedaran di kalangan guru-guru dan para pelajar amatlah diperlukan, untuk memberi maklumat bahawa membuli di dalam apa jua bentuk adalah tidak diterima. Satu kepercayaan yang dikongsi di kalangan para guru dan pelajar adalah kejadian membuli itu sepatutnya diselesaikan oleh mangsa-mangsa itu sendiri. Salah satu halangan kepada mangsa tersebut adalah “mereka patut belajar untuk mempertahankan diri sendiri dan melawan balik”, iaitu satu nasihat yang kurang baik, lebih-lebih lagi apabila mangsa terpaksa berhadapan dengan sekumpulan pembuli yang besar.

“Walaupun mendidik mangsa-mangsa untuk bertindakbalas dengan cara-cara yang lebih positif dan membina merupakan sebahagian daripada intervensi tersebut, namun begitu program ini juga memberi fokus kepada para guru, ibu bapa dan mereka yang berada di sekeliling untuk memainkan peranan mereka di dalam mewujudkan suasana yang selamat dari segi fizikal dan emosi di persekitaran sekolah.
“Projek perintis ini akan lengkap pada akhir tahun 2007, di mana keberkesanannya akan dinilai. Harapan kami adalah ia amat berkesan, dan ia akan diperkenalkan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara pada peringkat kebangsaan.”



Visit to Canon
Thursday, 29 November 2012 | 08:33 | 0 comments
Assalamualaikum to all my reader.
today i would like to tell about our visit to canon opto(malaysia) sdn bhd.around 8 a.m we are our journey to go the canon industry.it take about 1 hour and 30 minute.The building is so big and nice. You can see the picture below..

Canon building

It is my first time to have an experience to visit the industry.After we reach the there, we a take a photo of all our member and also our lecture. it's great to be there with all my friend.Next, we went into the building and go to a hall.There a staff give us a briefing about our schedule and tour.
En Ayub is one of the staff canon gave us an explanation about the company profile there is a basic facts, COM throughout the years, products and CSR activities. 


In our tour first place that we visit is water treatment plant.As full fill to factory demand.underground water was extract.There 40%  depend of the government water supply can be reduced.The water waste produced was  treated and reuse to polish lens. 
Then we go to waste minimisation centre to reduce water waste by distiller machine, siliron and coolant.After that,we go to new recycle waste yard / bin centre which is consist a food waste and fertilizer.In front of the bin centre it have a tube well treatment plant as function to produce water from the ground.


we separated into a three groups our instructor gave a short briefing about the digital camera and lens.En Nor Muhammad as our instructor.He shows us about digital camera and lens on notice board.If you interest in lenses just click here to get more info http://www.canon.com.my/personal/products/interchangeable-lens-camera/lenses?languageCode=EN
He said to us the enemy for camera and lens is dust so, when you go into a production section we must wear proper attire.As we go to the production section there have a lot of parts.Each part consist of ten staff to produce one product of canon which is camera or lens.
In the production section,canon have 1100 staff involved. The staff comprises Indonesia,Thailand,Myanmar and more.






He told that the average of production one type of camera around 4900 pieces.Besides other company which produce a camera cannot challenge the barrel of camera that made of canon company which gave high focusing and sharpness on the image.There also part to check or repairing the camera or lens that produce to make sure that the product receive by customer is in the good condition and functioning well.


After finish our tour in production section, so our tour is end.We are gather in the hall back.The staff want a volunteer to give a speech about our tour and also our lecture too.Next, we are exchange souvenirs between Canon company and MJIIT for marks that we go to the canon industry.Then, we got our lunch before we go back to the college.
That all for me.Hope you guys enjoy it and get a chance to go there.Thank s alot to the canon campony to allow us to visit their place. =)
thermal solution
Thursday, 22 November 2012 | 05:09 | 0 comments

Assalamulaikum and very good day to all my peers..

We are meet again..miss you all so much..oke let’s start.Today I would like to you all about a 

talk that I followed.The invited person is MR Vivek ,



                           
                                                                      Mr vivek..

 he is Executive Director from Titan Thermal Solution..He a friendly and cheerful person. He had 

a lot of knowledge  about the thermal solution.it’s great to have he to give the talk on the 

Tuesday even though, I was sleepy at that time.First of all, the title is Electronic System in 

Industry.He shows us the content that he will talk to us.

-Overview of electronic system.

-Role of electronic system in industry.

-Overview imaginary in industry.

-Electronic within thermal imaging industry.



He start with the overview of electronic system. He explains the definition of the electronic

system. It’s fundamental to our daily life and has played a key role in advancement of 

technology. Then, it replaces previous system and it will be a main stay in future development. 

Next, it’s about progression of electronic from the large component go to small and miniature. 

Second, from simple to complex architectures. Last, from analog to digital.


After that, he talk about vital current information and technology era. He explain more were 

penetrated seamlessly through various industries and as catalyst besides most industries 

today are heavily dependent on electronics.Next,  talk about conventional classified,which is:
-     
      comsume, industrial,defence,communacation,information processing system,medical and 
      
      imaging.


thermal camera.



medical thermal.



optical thermal imaging



optical thermal imaging


Then,he explain about imaginary in industry. Imaging is the representation of an object’s 

outward form there are many such as 

chemical,digital,graphsical,medical,molecular,optical,radar and thermography imaging.

-There also have a basic concepts anad terms.

-Pixels and resolution

-Vedio and frames

-NTCS and PAL


Lastly he talk about electronic within thermal imagining industry.It is spin-off defence 

electronics have a wavelength in 7 to 14 micrometer to form an image.

There have a sensor make use of focal plane array and are commonly indium.”dirty imaging

 system” compared to CCD and CMOS architecture.have a lot of pre and cons procession 

od data is required and data varies in state and space.its enable implementation of intense

 algoritims such as Kalman filters.
Icident energy(I) = Emmited energy (E) + Transmitted energy(T)+ Reflected energy(R).

That all from me.thank you for spending you tyme..hope you gain something from the 

reading..


See u next tyme..bye~



Canon Opto
Wednesday, 7 November 2012 | 11:32 | 0 comments
Assalamulaikum to everyone.. :D


we meet again..i glad to see you here..
so, today i will give write my fifth journal and hope you will enjoy okay?? :D
my class on Tuesday is a talk from a canon opto from En. Muhammad Azlan bin Amran.
It is a very interesting topic.it is a about lens and it must be have connection with  camera.People that love so much to take a picture or a photographer maybe they want to know more about the DSLR or about the camera itself.



DSLR.
  


So, being two hour in the hall i get many of information about the process how one product will be produce and will sale in marketing.it is not the easy work to do because it has the step by step.Canon Opto(Malaysia) Sdn Bhd.it corporate in 1988 and the location is Shah Alam,Selangor.If we have a opportunity to visit the canon site it will be enjoyable. 
Canon use the high quality of lens to produce high quality of image.The use to spherical lens and penta prism.



Spherical lens.
   





Penta prism.
   



The are a lot of camera from canon product such as powershot ect 

Product of Canon:
  

 
they all are nice right?? i feel interesting to buy one of them. 



Canon used to be EQCD it mean Environment Quality Cost Delivery.Canon produce environmental product which is not harmful to the people.The quality must be good and the cost is reasonable.the delivery must be satisfied.
En Azlan also told to us were that the engineers must  transfrom a " prototype" product into a " mass production" product. Now i know the job of the engineer is.There also have process drawing and manufacturing specification.It is not easy work to do. He also says about the assembly that contain 3 component which is combining component,adjustment, and inspection.
There also have a programming language such as Assembler, FORTH Language. Basic, FIFTH, Visual Basic, Visual c/c++ and PLC.
you can also go to this site to survay about camera http://www.canon.com/camera-museum/tech/l_plant




Canon also use Japanese work culture 
1. "HORENSO"
HOUKOKU : report
RENKAKU : contact
SOUDAN : consultation

report = most important soft skill
-always start the report with the "CONCLUSION"
contact = infotmation
-What? When? Who? Where?
consultation = appointment
                    -inform the issue/theme/problem



2."San-Gen" - 3-Gens
Genba : site,actual spot
Genbutsu : actual thing
Genjitsu : reality





3. "5S"



En Azlan had the important thing that he said to us which is we did care how your try hard but we get to know about the good result.It will be a new knowledge that i get from the talk.Thank you very much to En Azlan to give some information to us about canon campony.Who know i  will get a opportunity to work with them after i finish my degree here. I want to thank to Dr kamal , Dr Azran and Dr Redzuan also because of them incharge and give us opportunity to participate ths talk..So, hope you enjoy read my journal. :)